Penubuh Seiketsu
Lima Budaya Seiketsu
Ahli PUDM
 
 

Ini merupakan budaya utama Seiketsu. Peneraju syarikat memimpin pasukan Seiketsu dengan rasa kasih sayang, dan merealisasikannya menerusi penelitian ke 5 bahagian budaya, iaitu budaya senyum,bersopan-santun, tunduk hormat, suka membaca dan saling kasih-mengasihi.

 

Budaya Senyum
Senyuman adalah cara yang paling langsung dan positif dalam menyampaikan perasaan sesama manusia. Ia memberi kekuatan,keyakinan dan keberanian kepada seseorang untuk terus maju ke hadapan. Senyuman juga menandakan kesediaan bertolak ansur dan menerima. Ia boleh mewujudkan keamanan, menyuci minda dan memberi motivasi. Jadikan kehidupan penuh senyuman sebagai kehidupan optimis anda.

Budaya Bersopan-santun
Kesopanan merupakan panduan dan spesifikasi kata-kata dan perbuatan untuk saling menyampaikan penghormatan dan persahabatan dalam interaksi menerusi bahasa, ekspresi muka, tingkah laku, dan sikap perbuatan. Kita menyampaikan mesej kasih sayang menerusi tingkah-laku bersopan-santun yang sesuai.

Budaya Tunduk Hormat
Selain menandakan penghormatan terhadap pihak lain,  tunduk hormat juga menandakan rasa kesyukuran. Tingkah-laku membongkok dengan indikasi rasa hormat menjadikan seseorang itu disenangi ramai. Banyak rezekinya dan ramai yang sedia membantu, tahap kebahagiaannya juga akan bertambah baik. Rakan sepejuangan Seiketsu menunduk hormat kepada 4 konsep murni - "mencinta, memberi sumbangan, berjasa & membalas jasa masyarakat", menandakan kesediaan mereka untuk berusaha demi tanggungjawab sosial mereka dalam merealisasikan konsep-konsep ini.

Budaya Membaca
Membaca merupakan satu cara untuk memajukan diri. Dalam era informasi abad ke-21 ini, kita boleh mendapat pengetahuan menerusi aktiviti membaca. Membaca membuka minda dan membantu menukarkan ilmu pengetahuan kepada produktiviti, sebagai satu kekuatan untuk menggalakkan perkembangan dan kemajuan sosial. Pembacaan meluaskan pandangan seseorang, menyedarkannya tentang keagungan duniawi dan kehebatan dunia manusia, lantar mencetu scorak pemikiran dan kebijaksanaan yang melepasi pengalaman diri.

Budaya Saling Kasih-mengasihi
Saling Kasih-mengasihi merupakan kesedaran dan perasaan rasa bersyukur, berterima kasih dan menghargai pihak lain. Ia menyedarkan seseorang tentang hubungan di antara dirinya dengan masyarakat am serta orang lain, menjadikan perasaan kasih mesra itu satu budaya yang melepasi diri, langsung membentuk suasana masyarakat bertimbang-rasa yang cenderung ke arah mementingkan diri dan mendahulukan pihak lain.