» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2022
» Great Fortune Night 2022
» Honor Roll Unveil Ceremony Loo Ching Wan & Tan Ah Luan
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2021
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Ee Meng & Ong Sze Peng
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2022
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-75
» Break Your Record Month 2020
» Lucky Gift For You Who Are Lucky
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Kian Sh`ang & Moo Kim Yoon
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2020
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2020
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-18
   
 

Percutian Taiwan – Kaohsiung dan Tainan


Ahli keluarga MLM yang layak menyertai percutian insentif percuma telah berangkat ke Taiwan pada bulan Oktober baru-baru ini untuk menikmati keindahan musim luruh di Kaohsiung dan Tainan. Taiwan, sebuah pulau yang dikelilingi lautan, terkenal dengan penduduknya yang ramah dan mesra, pemandangan yang indah serta budaya yang menarik. Ahli rombongan Seiketsu telah dibawa melawat pelbagai lokasi tarikan pelancong seperti Pusat Seni Pier2, Taman Kreatif Ten Drum Ciaotou, Pulau Cijin, Kampung Budaya Meinong dan Pasar Malam Ruifeng yang terkenal dengan aneka makanan tempatan yang menyelerakan.

Pusat Seni Pier2 di Kaohsiung lahir hasil usaha gigih seniman tempatan untuk menghidupkan semula kawasan gudang pelabuhan yang terbiar dengan mengubahnya menjadi pusat seni yang luas. Selain kerap dijadikan lokasi untuk pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan di selatan Taiwan, kawasan ini juga sering menganjurkan aktiviti bertemakan budaya dan kreativiti.

Ahli rombongan Seiketsu bukan sahaja seronok merakamkan gambar tempat-tempat yang menarik, malah mereka juga berpeluang menikmati aneka juadah Taiwan yang enak. Antaranya ialah Chien-Yen Shabu Shabu, salah satu makanan tempatan yang pasti sukar untuk dilupakan!

Setibanya di Taman Kreatif Ten Drum Ciaotou, ahli rombongan Seiketsu disambut dengan pemandangan serombong asap gergasi. Mereka kemudiannya menonton persembahan penuh bertenaga kumpulan seniman berbakat yang menggunakan dram dan alat genderang, malah ahli rombongan juga diberi peluang bermain dram di bawah bimbingan ketua kumpulan itu. Seterusnya, rombongan Seiketsu dibawa berjalan-jalan sekitar Kampung Budaya Meinong yang penuh bersejarah. Mereka juga cuba membuat Hakka Lei Cha dan tertawa sambil menikmati keenakan Lei Cha hasil air tangan mereka sendiri!

Lawatan ke Ladang Dakeng memberi peluang kepada ahli rombongan Seiketsu untuk merasai kehidupan ladang yang santai sambil mengagumi panorama indah dari puncak gunung. Apabila senja berlabuh, semua orang berkumpul untuk menikmati makan malam berasaskan produk segar yang sungguh menyelerakan, sebelum memeriahkan suasana dengan nyanyian karaoke.

Kolam Air Panas dan Kolam Lumpur Guanziling menjadi pelengkap kepada pengalaman unik berkonsepkan alam semula jadi ini. Ahli rombongan meluangkan masa berendam dan memanjakan diri dalam kolam air panas yang sungguh menyegarkan. Selepas makan tengah hari, rombongan Seiketsu bertolak ke Muzium Chimei untuk merakamkan gambar seni bina menarik ini.

Destinasi seterusnya ialah Istana Nanas Emas (The Castle of Golden Pineapple) di mana setiap orang berpeluang membuat kek nanas mereka sendiri. Selepas puas menikmati kek nanas yang sedap itu, rombongan Seiketsu bertolak ke Jeti Feri Gushan untuk menaiki feri ke Pulau Cijin sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Percutian yang sungguh menyeronokkan ini membolehkan ahli rombongan Seiketsu menerokai budaya tempatan dan mengalami sendiri kemesraan masyarakat Taiwan. Setiap ahli rombongan pulang dengan senyuman puas dan kenangan yang indah, dengan semangat yang membara untuk melangkah lebih jauh!