» Energetic, Night of Jeans
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-19
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2022
» Great Fortune Night 2022
» Honor Roll Unveil Ceremony Loo Ching Wan & Tan Ah Luan
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2021
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Ee Meng & Ong Sze Peng
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2022
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-75
» Break Your Record Month 2020
» Lucky Gift For You Who Are Lucky
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Kian Sh`ang & Moo Kim Yoon
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2020
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2020
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-18
   
 

Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-18


Tahun 2020 pastinya lebih meriah dengan sokongan anda semua! Sejak awal pagi lagi, para Pengurus Diamond Crown Seiketsu telah berkumpul di Doubletree by Hilton, Melaka, untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik. Semua orang kelihatan sungguh segar dan bersemangat ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan “Impian Seiketsu”.

MLM adalah perniagaan yang berteraskan usaha berkumpulan daripada individu dengan matlamat yang sama. Ahli keluarga Seiketsu Wong Han Khang memberi cadangan mengenai cara-cara yang berkesan untuk menerajui organisasi MLM. Menurut Wong, kita hanya perlu mengikuti kaedah yang telah dicuba dan terbukti bagi membolehkan kita memimpin sesuatu pasukan, sama ada kecil atau besar, ke mercu kejayaan. Seorang lagi ahli keluarga Seiketsu, Ng Kooi Koy, membentangkan analisis mengenai pentingnya peranan sesebuah pasukan. Ng berpendapat bahawa kualiti perlu diutamakan berbanding saiz pasukan, malah kita perlu mengenal pasti dan mengasah bakat pemimpin yang berwibawa dalam usaha untuk mengukuhkan dan mengekalkan kestabilan pasukan. Semakin teguh sesuatu pasukan, semakin lumayan pendapatan setiap ahlinya!

Dalam aktiviti yang sama, Konsultan Jo Lim telah berkongsi formula untuk berjaya di Seiketsu! Selain budaya syarikat serta sistem yang telah dicuba dan terbukti, satu lagi elemen yang penting bagi ahli keluarga Seiketsu adalah perpaduan. Budaya + Sistem + Perpaduan adalah formula kejayaan! Selepas berehat selama dua tahun, CEO Seiketsu, Dr. Ronnie Leong a.k.a Leong Zong, kembali bergiat aktif untuk menyemarakkan semangat ahli keluarga Seiketsu. Walau betapa jauh perjalanan yang perlu kita lalui untuk memenuhi impian kita, kita perlu ingat bahawa setiap langkah akan membawa kita lebih dekat dengan matlamat yang dituju dan lama-kelamaan kita pasti akan sampai ke sana. Janganlah kita bersikap seperti sesetengah orang yang tidak mahu mengambil langkah pertama walaupun impian mereka betul-betul terpapar di depan mata. Tanpa langkah yang pertama, impian tidak mungkin akan tercapai. “Satu langkah pada satu-satu masa, kejayaan pasti akan dicapai.” - Keazaman ini menebal dalam sanubari setiap hadirin tatkala Leong Zong memimpin mereka untuk melaungkan slogan kejayaan seiring dengan pelancaran Super Induction Pack.

Ahli keluarga Seiketsu berkumpul beramai-ramai untuk menikmati makan tengah hari yang menyelerakan selepas sesi mesyuarat.

Hadirin yang lahir pada bulan Januari dijemput naik ke pentas untuk sambutan hari lahir beramai-ramai dan menerima ucapan istimewa daripada semua yang hadir.

Semua DCM pulang ke bilik masing-masing untuk berehat selepas sesi gambar berkumpulan.

Selepas berehat seketika, semua orang bergerak ke dewan makan untuk menikmati makan malam yang enak dan hiburan yang disediakan khas untuk malam tersebut. Salah satu acara yang dinanti-nantikan ialah pertandingan meniru aksi selebriti terkenal dan pelbagai permainan menarik untuk Pengurus Diamond Crown.

Ahli keluarga dalaman Lim Jia You menampilkan bakatnya dengan meniru aksi ‘Raja Syurgawi’ Hong Kong, Aaron Kwok; manakala Carol Yong menampilkan persembahan yang sungguh menarik dengan meniru gaya penyanyi dari China, Han Hong. Untuk pusingan kedua, Sara Lim tampil dengan meniru gaya Anita Mui manakala Carol Yong kembali ke pentas sekali lagi dengan gaya bintang Hong Kong, Maria Cordero. Hadirin sungguh teruja dengan persembahan yang sungguh luar biasa itu dan suasana gamat dengan tepukan dan siulan penonton.

Peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam pertandingan meniup belon untuk melihat siapa yang boleh meniup belon paling besar tanpa meletupkannya. Tiga pasukan teratas dengan ukur lilit belon terbesar membawa pulang hadiah menarik.

Dalam segmen menghafal skrip, Kate Ng digandingkan untuk menentang Carine Leong manakala Leon Leong pula bersaing menentang Jerry Leong. Peserta yang lebih muda ternyata mempunyai badan dan minda yang lebih kuat dan cerdas. Keempat-empat peserta bertarung dengan sepenuh hati sambil diiringi tepukan gemuruh para hadirin!

Sesi permainan pasti tidak lengkap tanpa permainan “Siapa Perisik”. Ahli keluarga Seiketsu sememangnya arif dengan permainan penuh debaran ini. Persaingan semakin sengit tatkala setiap peserta cuba menundukkan satu sama lain. Pemenang dan penyokong mereka bersorak gembira dengan membawa pulang pelbagai hadiah menarik. Hadiah saguhati juga disediakan bagi mereka yang tewas, dan semua orang kelihatan sangat seronok!

Semua hadirin bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun ketujuh “Zu Cheng”. Ahli keluarga Seiketsu yang mengambil bahagian dalam kumpulan LINE Peminat Zu Cheng secara automatik mendapat peluang cabutan bertuah dan pemenang dapat memenangi hadiah yang menakjubkan!