» Energetic, Night of Jeans
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-19
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2022
» Great Fortune Night 2022
» Honor Roll Unveil Ceremony Loo Ching Wan & Tan Ah Luan
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2021
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Ee Meng & Ong Sze Peng
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2022
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-75
» Break Your Record Month 2020
» Lucky Gift For You Who Are Lucky
» Honor Roll Unveil Ceremony Lee Kian Sh`ang & Moo Kim Yoon
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2020
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2020
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-18
   
 

Mesyuarat Pengurus Crown ke-75


Setelah ditangguhkan seketika selama dua tahun, mesyuarat Pengurus Crown ke-75 kini diadakan semula secara langsung dan juga maya!Perjumpaan ini telah dihoskan oleh Konsultan baharu, Carine Leong. Beliau memulakan acara dengan mengetuai nyanyian lagu kebangsaan dan Impian Seiketsu sambil diiringi ahli-ahli keluarga Seiketsu yang lain dengan penuh bersemangat.

Disember ialah bulan terakhir untuk kita berlumba bagi mencapai sasaran tahunan! Pelancaran “Dare to Breakthrough Challenge” (Cabaran Prestasi Terunggul) kini dilancarkan berserta pengumuman tentang peraturan serta insentif pertandingan ini. Ahli keluarga MLM Seiketsu bersemangat menulis matlamat masing-masing pada belon yang disediakan sebelum mencucuk belon itu bersama-sama sebagai tanda komitmen mereka. Semangat dalam diri masing-masing hangat menyala; laungan keterujaan dan keghairahan mereka mengiringi bunyi letusan belon dan merancakkan acara dengan aura positif!

Ucapan tahniah ditujukan kepada Pengurus Crown baharu iaitu How Bee Yee, Chong Choo & Po Moi Lan, Goh Wei Jun, Tan Who Pheng & Moo Yoon Mui, Tan Won Kok & Low Choi Foong dan Lew Jie Yan. Kami amat berbangga dengan kenaikan pangkat dan kejayaan peribadi yang telah mereka capai.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus Diamond Crown baharu, Lew Swee Keong & Wong Choy Har.

Para hadirin mendengar dengan penuh khusyuk perkongsian ilmu daripada Wong Choy Har dan Tan Ah Luan dalam bengkel “Share, Interact for Mutual Success” (Pentingnya Berkongsi dan Berinteraksi Demi Kejayaan Bersama) dan membawa pulang pengetahuan yang amat berharga.

Musim untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan kini tiba lagi, dan inilah masanya untuk ahli keluarga MLM mempamerkan prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun ini.Segala yang kita lakukan bermula dari hati. Kita mampu mengubah dunia di sekeliling kita andainya kita berjaya menyelami kekuatan diri! 2022 ialah tahun kebangkitan, dan moto Seiketsu untuk tahun baharu ini ialah “Moving forward, starting from heart” (Cekal melangkah menuju sinar, segalanya bermula dari hati). Pengurus Diamond Crown Ng Hon Chan dan Konsultan Jo Lim memberi ceramah inspirasi bersandarkan moto ini.

Kemunculan CEO Seiketsu, Leong Zong, sememangnya amat dinanti-nanti. Beliau memberikan ceramah yang sangat menarik dan sungguh bermanfaat tentang bagaimana kita semua mampu memecahkan status quo untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.