Siri Cosmos

Siri Healthy Love

Siri Chef Ben

Siri Penjagaan
Kesihatan

Siri Beauty World

Siri HHP Pure Aroma

Resipi

 
 

KETSUMI BUBBLING GEL

Memperkenalkan Ketsumi Bubbling Gel, produk penjagaan kulit yang sangat berkesan untuk membersihkan liang-liang kulit dan menyerlahkan seri wajah anda. Ia dirumus dengan gabungan bahan-bahan yang berkhasiat untuk kulit seperti Celabio, Roce Crysta-Co, sumber mata air Izumo Yumura, arbutin, astaxanthin dan sebagainya. Celabio ialah bahan berpaten yang berfungsi merangsang penghasilan kolagen untuk mengurangkan pembentukan garis-garis halus, manakala ekstrak mawar berpaten Rose Crysta-Co. memberi manfaat antioksida dan berkesan untuk mencerahkan kulit. Mata air Izumo Yumura melembapkan kulit anda bagi memastikannya sentiasa lembut dan anjal. Ketsumi Bubbling Gel juga menampilkan gabungan bahan-bahan berkualiti tinggi seperti arbutin dan astaxanthin yang lazim digunakan dalam jenama mewah untuk menyekat penghasilan melanin, mengurangkan pembentukan tompok-tompok hitam dan jeragat, melicinkan kulit, mengawal rembesan sebum (minyak) serta melindungi kulit daripada pendedahan keterlaluan kepada sinaran UV.