Siri Cosmos

Siri Healthy Love

Siri Chef Ben

Siri Penjagaan
Kesihatan

Siri Beauty World

Siri HHP Pure Aroma

Resipi

 
 

SEIKETSU ANION & OZONE DISINFECTOR

Asap buangan yang dihasilkan oleh pelbagai perindustrian, karbon monoksida yang dihasilkan oleh pelbagai kenderaan dan sebagainya telah menyebabkan pencemaran udara yang serius di seluruh dunia. Udara segar merupakan bahan kemewahan yang sukar diperolehi untuk manusia yang hidup di dalam kota. Sayuran, buah-buahan dan pelbagai daging mengandungi ubat pertanian, bahan mempercepatkan tumbesaran, bahan pengawet dan sebagainya yang terlampau banyak merupakan kenyataan yang tidak dapat dinafikan juga. Seiketsu Anion & Ozone Disinfector menggabungkan 2 fungsi iaitu anion dan ozone, ia boleh menghasilkan udara segar seperti di kawasan gunung atau hutan untuk ruangan aktiviti anda sepanjang hari. Pada masa yang sama, makanan setelah diuruskan oleh ozone bukan sahaja bersih dari bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia, ia juga mengembalikan rasa aslinya yang enak. Seiketsu Anion & Ozone Disinfector adalah pilihan anda yang paling bijak demi meningkatkan mutu kehidupan anda.

8 Multi-fungsi Terbaru

Air ozone 
Proses pengoksidaan boleh meneutralkan dan membasmi bahan kotoran dan kuman di dalam air.

Membasmi kuman 
Proses pengoksidaan yang kuat boleh membunuh bakteria seperti 0-157, cholera, colon bacillus, salmonella, vibrio, staphylococcus dan pseudomonas aeruginosa.

Buah-buahan/sayuran 
Proses pengoksidaan boleh meneutralkan ubat pertanian dan bahan buruk yang tertinggal di dalam buah-buahan dan sayuran. Dengan ini, ia mengurangkan ancaman terhadap kesihatan.

Menghilangkan bau  
Ozone dapat menghilangkan bau busuk di dalam peti sejuk, makanan, dalam bilik, tandas dan kasut.

Membersihkan udara 
Selain daripada menghilangkan bau rokok dan lain-lain bau yang busuk, ia mengeluarkan anion yang banyak dan udara akan menjadi segar dan bersih seperti di dalam rimba.

Sensor otomatik 
Fungsi "udara segar" boleh mengeluarkan anion dengan otomatik mengikut keadaan pencemaran udara.

Petunjuk pencemaran 
Sensor pencemaran boleh menunjukkan kadar pencemaran pada masa kini.

Pemasangan keselamatan 
Demi keselamatan anda, mesin akan terpadam apabila bahagian pagar dibuka.


Pengakuan & Laporan Ujian

 

S & J

 

S: Bagaimanakah "ozone" membasmi kuman?

J: "Ozone" mengoksidakan "glucose oxidase" di bahagian dalam kuman yang diperlukan untuk mengoksidakan glukos. Ia terus bertindakbalas dengan kuman dan virus, merosakkan dinding sel & DNA & RNAnya, menceroboh proses metabolisma dan pertumbuhan bahan serta proses pembiakannya. Pada masa yang sama, ia boleh meresap melalui tisu selaput sel dan menyebabkan perubahan abnormal kepada sel serta kematian sel secara melarut. Dengan ini, ia dapat menghapuskan segala mikro organisma dengan sempurna untuk selama-lamanya. Bahkan, ia berkesan di dalam sekelip mata sahaja.

 

S: Jika "ozone" boleh membunuh virus dan bacteria, adakah ia juga membunuh sel-sel yang sihat?

J: Tidak. Oleh kerana sel-sel sihat mempunyai system balancing enzymes yang kuat, "ozone" tidak mengancam sel-sel yang sihat.

 

S: Di antara "ozone" dan air, manakah lebih berkesan mencuci sisa ubat pertanian di atas sayuran dan buahan?

J: "Ozone" akan bertindakbalas dengan sisa ubat pertanian secara peneutralan dan penghuraian. Akhirnya, ia akan menukar ubat pertanian inorganik yang beracun kepada karbon dioksida, air dan oksigen yang tidak beracun, tidak berwarna dan tidak berasa samada tinggal di dalam air atau meresap ke udara. Kesan ini banyak berkelebihan jika berbanding dengan air.

 

S: Apakah kelebihan penggunaan ozone dan anion bersama?

J: Penggunaan ozone dan anion bersama boleh, meningkatkan kesan pemerangkapan abu halus dan asap. Asap akan diserap oleh anion kerana ia adalah pembawa ion positif. Ozone pula akan menghuraikan bahan-bahan kimia di dalam asap seperti nikotin, minyak tar dan sebagainya. Malah, ozone boleh membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk.