Siri Cosmos

Siri Healthy Love

Siri Chef Ben

Siri Penjagaan
Kesihatan

Siri Beauty World

Siri HHP Pure Aroma

Resipi

 
 

NECK MASSAGER

Seiketsu Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan. Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dansenang.

Seiketsu Neck Massager mempunyai fungsi-fungsi seperti di bawah:

Terapi Gelombang Elektromagnetik Ultra Panjang:
Gelombang elektromagnetik ultra panjang adalah sejenis gelombang elektromagnetik yang berfrekuensi rendah. Ia menghasilkan medan magnet frekuensi rendah yang berselang-seli. Keupayaannya termasuk penembusan, getaran dan aruhan elektromagnetik. Penembusan dan kebaikan terapeutiknya - Gelombang elektromagnetik ultra panjang sangat berupaya menembusi pelbagai bahan. Apabila digunakan pada leher, akupoin Da Zhui dan Ding Chuan, gelombang-gelombang ini dapat menembusi tisu-tisu dalaman leher, dan seterusnya melegakan saluran saraf, melembutkan salur darah, merawati duri tulang dan menggiatkan peredaran darah. Ia juga amat memberi bantuan di dalam rawatan penyakit tulang belakang, neurasthenia, insomnia dan gangguan tidur akibat kerap bermimpi dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Getaran dan kebaikan terapeutiknya - Apabila gelombang elektromagnetik ultra panjang dituju pada leher, getarannya memberikan kesan seperti urutan mikro pada badan. Getaran yang ditujukan terhadap sel-sel badan ini berasa hangat dan amat menyelesakan. Ini dapat melegakan serta mengurangkan sakit otot bahu dan belakang badan akibat gangguan tulang belakang. Pada masa yang sama, ia juga bertugas sebagai terapi adjunktif dan rawatan susulan bagi penyakit neurasthenia dan insomnia kronik. Pengaruhan elektromagnetik dan kebaikan terapeutiknya - Ketika gelombang elektromagnetik ultra panjang menembusi leher, kesannya yang hangat dan melegakan akan mengendurkan salur darah, mengurangkan kepekatan darah, menggiatkan peredaran darah pada bahagian kepala dan leher.

Terapi Magnetik Statik:
Terapi Magnetik Statik (atau kekal) bermaksud menggunakan medanmagnetik yang stabil yang dihasilkan oleh kepingan magnet untuk merawat pelbagai akupoin dan bahagian badan yang dilanda penyakit. Terapi Magnetik Statik dapat menyelaraskan medanmagnetik biologikal badan manusia, melaraskan dan menggiatkan peredaran mikro, melegakan rasa sakit, mengurangkan keradangan dan sebagainya. Pada permukaan alat ini terdapat 6 keping magnet kekal. Magnet-magnet ini diaturkan supaya menuju terhadap akupoin-akupoin utama leher dan berfokus pada veterbra ke-2 hingga ke-7 tulang belakang. Di samping itu, ia juga boleh merawat akupoin "Tian Zhu", "Da Zhui" dan "Ding Chuan". Ia boleh membantu pemulihan gangguan tulang belakang lalu mengurangkan kesakitan dan keradangan, di samping berfungsi sebagai terapi adjunktif bagi neurasthenia dan insomnia kronik.

Terma Moxibustion Gelombang Haba:
Berdasarkan teori perubatan Cina, salur darah mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan; maka darah mengalir apabila dipanaskan dan membeku apabila disejukkan. Berbagai jenis kesakitan dan penyakit adalah disebabkan oleh kesumbatan laluan saraf dan salur darah. Terdapat pepatah yang mengatakan bahawa, “Kesakitan menandakan kesumbatan, pengaliran menandakan keselesaan”. Terma moxibustion gelombang haba dapat mengembangkan salur darah, menggiatkan peredaran, mengendurkan otot, melegakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan keradangan pada bahagian leher dan bahu.

Terapi Denyutan Elektrik:
Cara menggunakan arus elektrik yang berfrekuensi 1000~100000 hertz bagi merawati penyakit dipanggil sebagai terapi denyutan frekuensi medium. Denyutan elektrik yang dipancarkan oleh Seiketsu Neck Massager boleh diklasifikasi di bawah terapi denyutan frekuensi medium. Ia boleh menembusi tisu otot dalaman, sangat efektif untuk merangsang dan mengaktifkan saraf serta sel-sel otot, menyebabkan penyusutan sel-sel otot, menguatkan otot skeletal dan sebagainya. Selain itu, ia juga menggiatkan pengaliran darah setempat, serta mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia sangat berkesan sebagai rawatan terapeutik dan pemulihan bagi ketegangan otot yang diakibatkan gangguan spina servikal.