Siri Cosmos

Siri Healthy Love

Siri Chef Ben

Siri Penjagaan
Kesihatan

Siri Beauty World

Siri HHP Pure Aroma

Resipi

 
 

 

 

SUSU PEMBERSIH LEMBUT

Pencuci bersusu yang sesuai untuk kulit kering dan sensitif, menanggalkan kekotoran dan sisa mekap pada kulit wajah secara lembut. Formula yang kaya dengan bahan-bahan organik membolehkan kulit wajah menjadi halus, lembut, segar dan bersih.

 

 


 

 

PENCUCI REJUVENASI

Sejenis pencuci buih generasi baru dengan formula Sel Stem Epal. Bertarget untuk pembersihan mendalam dan anti-penuaan, membantu melindungi kulit anda daripada pencermaran alam sekitar dan memulihkan sel-sel kulit yang rosak. Formulanya juga berfungsi untuk rejuvenasi sel kulit dan menghilangkan kulit kusam, ia tidak akan menyebabkan kekeringan kulit, membantu mengelakkan gesekan dan kerengsaan kulit. Boleh digunakan setiap hari tanpa rasa was-was.

 

 


 

 

TONER SERI MUKA

Sejenis losyen Sel Stem terunggul yang memberikan kelembutan, kehalusan dan kelembapan dalam jangka panjang. Ia boleh memberi penghidratan yang segera, menjaga keseimbangan kadar air dalam kulit anda selepas pembersihan muka harian. Kaya dengan zat-zat yang diperlukan oleh kulit, membantu untuk mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit. Diformulasikan dengan Sel Stem Botani yang dapat menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit, menyegarkan dan mengembalikan keseimbangan pH kulit anda.

 

 


 

 

BB KRIM SPF50

Krim yang mempunyai potensi multi fungsi yang dapat sekaligus memenuhi keperluan anda sebagai perlindung matahari, pelembap kulit dan asas solekan – kesemua manfaatnya hanya dalam satu botol. Krim ini berupaya untuk memutihkan dan meyamaratakan tona kulit serta menutup cela di wajah, juga memberikan perlindungan yang baik kepada kulit dan mendorong revitalisasi kulit. Penambahan Ekstrak Portulaca Oleracea dan Estrak Faex melegakan kulit yang tegang dan mengurangkan kerengsaan.