Siri Cosmos

Siri Healthy Love

Siri Chef Ben

Siri Penjagaan
Kesihatan

Siri Beauty World

Siri HHP Pure Aroma

Resipi

 
 

COSMOS STEAM TOWER II 

Cosmos Steam Tower II 5 tingkat, merupakan produk bereka-bentuk anggun yang dihasilkan daripada "Austenitic Steel" 18.10 CrNi sepenuhnya. Ia sesuai digunakan dengan kebanyakan jenis dapur, termasuklan dapur elektrik. Selain kuali dasar 28cm, ia juga dilengkapkan dengan 3 kuali stim berinjap (rekaan terkini) dan 1 kuali stim yang direka berlubang-lubang. Fungsi penyimpan haba dan penyebar habanya tiga kali ganda lebih cepat daripada periuk-periuk biasa kerana lapisan tambahan bawahnya yang berteknologi "Turbo induction". Ia boleh memasak 5 jenis lauk yang berlainan tetapi tidak mempengaruhi rasanya masing-masing. Dengan ini, ia amat menjimat tenaga dan masa. Rekaan termometer di atas penutup membantu kita mengawal masa yang diperlukan, dengan ini ia dapat mengawal darjah masakan demi memelihara rasa asli dan khasiatnya tidak mudah kehilangan.

Kuali Stim Berinjap
Ini merupakan reka bentuk yang istimewa. Lubang-lubang direka-bentuk di sekeliling dasar. Semasa mengukus makanan, stim mengeluap bagaikan memecut keluar dan memasakkan makanan dengan cepat. Penutup kuali yang separuh bulat membolehkan titisan air yang terbentuk daripada wap air mengalir kembali ke dasar kuali, jesteru menyelesaikan masalah "peluh" wap yang berlebihan. Ia juga membantu mengekalkan jumlah air dalam kuali, serta menjimatkan air. Oleh itu, Seiketsu Cosmos Steam Tower II amat sesuai untuk mengukus kuih-muih, pau, dsbg. 

Kuali Stim Yang Berlubang-lubang
Dasar kuali yang berlubang-lubang membenarkan wap menaik terus dan memasak makanan dengan segera, baik daging, ikan, sayur-sayuran, dsbg. Kuah masakan ini akan menitis ke bawah menyedapkan masakan seperti sup, bubur, nasi, dsbg yang dimasak di kuali dasar. Ia amat sesuai digunakan untuk memasak nasi ayam. 

 

S & J


S: Inoxia syarikat apa?

A: Inoxia adalah pengeluar Cosmos Steam Tower dari Itali yang telah ditubuhkan sebanyak 76 tahun. Syarikat tersebut adalah pembuat periuk keluli tahan karat yang terkenal di dunia. Ia terletak di Bandar Verdonia Fondotoce di Itali dan ia menduduki kawasan seluas 7 ekar. Perkakas dapur yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut semuanya diperbuat daripada keluli tahan karat austenitik 18.180 CrNi yang paling lasak, bersih dan berkualiti tinggi. Kilangnya yang besar hanya mempunyai kurang daripada 30 orang pekerja kerana mesin-mesin canggih yang berteknologi tinggi digunakan dalam proses pengeluarannya. Peralatan dapur yang dikeluarkan Inoxia telah memperolehi beberapa paten secara global. Jenamanya juga terkenal dan diiktiraf di merata tempat di dunia.

 

S: Apakah kebaikan mengukus makanan?

A: Kajian saintifik telah membuktikan bahawa semakin tinggi suhu yang digunakan dalam proses memasak makanan, makanan yang dimasak akan menjadi semakin sukar untuk dihadam, diserap dan dimetabolisme oleh badan kita. Oleh itu, cara memasak dengan suhu yang rendah seperti mengukus, memasak dan merendih adalah yang paling baik untuk kesihatan kita. Mengukus makanan berkemungkinan besar mengekalkan khasiat makanan. Dalam proses pengukusan, suhu yang terlibat agak sederhana (dikekalkan pada kira-kira 100°C). Ketika makanan dikukus, jika ia mempunyai kandungan lemak yang tinggi (contohnya daging), lemak yang berlebihan akan dilepaskan semasa dipanaskan oleh stim. Maka, ini akan mengurangkan rasa berminyak pada makanan.

 

S: Apakah itu keluli tahan karat austenitk?

A: Keluli tahan karat austenitik adalah keluli tahan karat yang paling lasak dan bersih. Di antara pelbagai jenis keluli tahan karat, keluli tahan karat austenitik yang mempunyai keupayaan tertinggi untuk menahan hakisan. Di hospital, pisau bedah dan alat-alat pembedahan yang lain yang digunakan oleh pakar bedah juga diperbuat daripada keluli tahan karat austenitik.