Mengenai Kami

Seiketsu ditubuhkan pada 1hb Mei, 1987. Berpejabatkan ruang sewaan yang kurang daripada 200m persegi, Seiketsu memulakan perniagaan jualan langsung "single level" dari rumah ke rumah dengan amat mencabar. Dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi kewangan, kebendaan dan sumber tenaga buruh, pengasas Seiketsu, adik-beradik Leong dengan penuh ketabahan, semangat dan kesabaran, telah berjaya mencipta satu proses tumbesaran dan perkembangan yang kukuh. Oleh kerana didapati corak perniagaan lama tidak dapat memanfaatkan rakan-rakan sepejuangan secara keseluruhan, pada tahun 1995, Seiketsu mengubah corak perniagaannya dari "single level" ke "multi level". Berpandukan pengalaman pemasaran yang agak lama, ditambah dengan ketabahan dan kegigihan rakan sepejuangan, kerjaya MLM Seiketsu semakin mematang dan menjadi kukuh. Sepanjang proses perkembangan ini, Seiketsu tidak terlepas dari krisis ekonomi seluruh dunia pada tahun 1997. Namun, dengan pegangan bahawa Seiketsu akan diusahakan sebagai satu kerjaya seumur hidup, dengan sepenuh keikhlasan hati, pihak pengasas Seiketsu akhirnya berjaya menyatukan rakan sepejuangan dengan membangkit dan memupuk semangat "Bersatu dan Rajin Berusaha". Walaupun kes-kes pemecatan atau kemuflisan banyak berlaku di pasaran am pada masa itu, namun Seiketsu tidak mengalah; malah, ia diperkembang dan diperpesatkan lagi; langsung memperkenalkan lebih banyak produk serta unsur-unsur baru dalam perniagan. Fenomena krisis telah ditukar menjadi kesempatan dan peluang. Sepanjang proses ini, Seiketsu membangun dengan pantas dan terus mengorak langkah menghala ke jalan kejayaan! Bermula dari tahun 1999, jualan tahunan Seiketsu terus meningkat naik malah beberapa kali mencipta kemuncak baru. Peta perniagaan Seiketsu mulai dilukis di tanah Malaysia. Pada tahun 2005, bangunan Seiketsu berdiri megah dengan pelaburan lebih kurang 1 juta ringgit di Ipoh. Pada bulan Oktober tahun yang sama, Seiketsu menubuhkan cawangan antarabangsanya yang pertama di Singapore.
Pada tahun 2007, Seiketsu membeli bangunan pejabat di sebuah pusat perniagaan baru di Jakarta, Indonesia dengan pelaburan lebih kurang 1 juta ringgit, dan memulakan pengoperasian pada tahun 2008. Pada 4hb Ogos 2010, ibu pejabat Seiketsu berpindah ke Wisma Seiketsu yang bernilai 15 juta ringgit, yang serba lengkap dengan ruang pejabat yang luas serta pembahagian sistem pejabat yang sempurna dalam satu reka-bentuk yang mewah bertaraf 5 bintang! Seiketsu kini bersedia dengan sepenuhnya untuk menghadapi cabaran perkembangan model perniagaan baru yang bertaraf korporat.
Kini, perniagaan Seiketsu bercabang ke 8 cawangan di Malaysia, iaitu Cawangan Ipoh, Perai, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri. 4 pejabat antarabangsa juga memajukan operasi mereka di Singapura, Indonesia, Brunei dan Taiwan. Semboyan Seiketsu telah berbunyi, Seiketsu sedang melayar ke lautan biru yang meluas, menyambut hari muka yang cemerlang dan gilang-gemilang!

Leonardo Shen bertemu dengan CEO Seiketsu semasa menyertai "Psychology of Vision Workshop" yang diasaskan oleh Dr Chuck Spezzano (American Top 10 Master Psikologi) di Hawaii pada tahun 2002. Mereka saling menyokong semasa menyertai kursus psikologi yang diadakan di seluruh dunia pada 3-4 tahun kemudiannya dan telah membina jalinan persahabatan yang rapat. Dengan jemputan CEO Seiketsu yang ikhlas, Leonardo Shen mengunjungi HQ Seiketsu dan mengenali tentang organisasi dalaman dan sistem Seiketsu. Dia terharu mendapati CEO Seiketsu telah melaksanakan pautan dalaman manusia yang paling bernilai iaitu "kasih sayang" di dalam sistem Seiketsu. Penemuan ini sungguh berlainan dan istimewa berbanding dengan korporat dan syarikat lain yang dikenali sebelumnya. Pada tahun 2010, Seiketsu menubuhkan subsidiari antarabangsa di Taiwan, pada masa yang sama Leonardo Shen menyertai Seiketsu sebagai Pengarah Antarabangsa secara rasmi. Leonardo Shen memiliki kelayakan Ijazah Sarjana dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal dalam pengurusan selama 25 tahun. Pada tahun 2013, Leonardo Shen memegang jawatan serentak sebagai Pengarah Eksekutif di Ibu Pejabat Seiketsu secara rasmi atas jemputan CEO Seiketsu dan Chairlady. Dia berusaha untuk membina sebuah sistem pengurusan untuk perniagaan Seiketsu yang berkekalan dan juga mendorong Seiketsu menjadi sebuah perusahaan perintis generasi baru yang cemerlang di Malaysia pada masa depan.
Leonardo Shen
Pengarah Antarabangsa / Pengarah Eksekutif
Lima Budaya Seiketsu
Ini merupakan budaya utama Seiketsu. Peneraju syarikat memimpin pasukan Seiketsu dengan rasa kasih sayang, dan merealisasikannya menerusi penelitian ke 5 bahagian budaya, iaitu budaya senyum,bersopan-santun, tunduk hormat, suka membaca dan saling kasih-mengasihi.
Budaya Senyum
微笑是人与人之间传达感情最直接及正面的方式,它能给人前进的力量、信心及勇气。微笑也是一种宽容、一种接纳,它可构筑和平、净化心灵以及激发斗志。让微笑的人生,成为乐观的人生。
Budaya Bersopan-santun
Kesopanan merupakan panduan dan spesifikasi kata-kata dan perbuatan untuk saling menyampaikan penghormatan dan persahabatan dalam interaksi menerusi bahasa, ekspresi muka, tingkah laku, dan sikap perbuatan. Kita menyampaikan mesej kasih sayang menerusi tingkah-laku bersopan-santun yang sesuai.
Budaya Tunduk Hormat
Selain menandakan penghormatan terhadap pihak lain, tunduk hormat juga menandakan rasa kesyukuran. Tingkah-laku membongkok dengan indikasi rasa hormat menjadikan seseorang itu disenangi ramai. Banyak rezekinya dan ramai yang sedia membantu, tahap kebahagiaannya juga akan bertambah baik. Rakan sepejuangan Seiketsu menunduk hormat kepada 4 konsep murni - "mencinta, memberi sumbangan, berjasa & membalas jasa masyarakat", menandakan kesediaan mereka untuk berusaha demi tanggungjawab sosial mereka dalam merealisasikan konsep-konsep ini.
Budaya Membaca
Membaca merupakan satu cara untuk memajukan diri. Dalam era informasi abad ke-21 ini, kita boleh mendapat pengetahuan menerusi aktiviti membaca. Membaca membuka minda dan membantu menukarkan ilmu pengetahuan kepada produktiviti, sebagai satu kekuatan untuk menggalakkan perkembangan dan kemajuan sosial. Pembacaan meluaskan pandangan seseorang, menyedarkannya tentang keagungan duniawi dan kehebatan dunia manusia, lantar mencetu scorak pemikiran dan kebijaksanaan yang melepasi pengalaman diri.
Budaya Saling Kasih-mengasihi
Saling Kasih-mengasihi merupakan kesedaran dan perasaan rasa bersyukur, berterima kasih dan menghargai pihak lain. Ia menyedarkan seseorang tentang hubungan di antara dirinya dengan masyarakat am serta orang lain, menjadikan perasaan kasih mesra itu satu budaya yang melepasi diri, langsung membentuk suasana masyarakat bertimbang-rasa yang cenderung ke arah mementingkan diri dan mendahulukan pihak lain.